Thursday, May 20, 2010

that's what you get for waking up in kulim part 2


that's what you get for waking up in kulim part 2
Category: Life
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia (seperti yang dilihat kat kawasan stadium ipoh)

Diatas permintaan ramai( xde la ramai sangat), aku tulis la sambungan cerita That's what you get for waking up in Kulim. Mula-mula tu agak malas jugak la+xde mood nak type2 ni( aku bleh type laju dah weh!), tapi atas dasar semangat setiakawan yang menggunung dan sebesar banjaran titiwangsa dekat taman melawati tu, aku buat la jugak. Aku sebenarnya tengah sangat mengantuk walaupun aku baru isap batu tadi(bukan stone dadah tu, batu betul, aku amek depan rumah aku), aku tetap memerahkan otakku yang sudah tidak diguna pakai setelah berakhirnya Final kat kmk dulu.

Udah-udahlah intro yang panjang tu, kita mulakan cerita that's what you get for waking up in Kulom(haha) part 2.

Sesudah si cikgu flaptop tu berlari seperti bapok yang selalu lepak berhampiran Ebony Guitar tu(utk pengetahuan korg, tadi aku kena wiwit dgn dorg, geli matt), kitorang pon gelaklah dekat si flattop tu. Pastu kitorg budak2 Kasukma pon seronok sakan la, so perangai sorang-sorang telah menjadi semirip seperti haiwan-haiwan dalam cerita Nur Kasih(ada ke?). Kitorang berlari kehulur kehilir seperti meraikan sesuatu. Aku rasa macam time tu bendera Union Jack diturunkan dan berkibarnya bendera Jalur Gemilang. Memang seronok gila. So kitorang pon berlari-lari anaklah sampai ke Dorm Bakti sambil membuat bising seperti ekzos paip LC jiran aku.

Nak dipendekkan cerita yang pendek seperti Nadiah Fadirah ni(sorry!),ada la dua orang membe kitorang ni, Along dan Angah(bukan nama sebenar), masuk dorm buat muka serius walaupun tak nampak macam serius. Along pun berkata " Weh, Flat top tu bawak bapak dia,diorang nak kita semua berkumpul". Untuk pengetahuan para pembaca setia semua, bapak Flat top tu memang gangster la. Kat Kulim tu sapa tak kenal dia, macam-macam jenayah inayah lenayah yang dia buat sampai dia digeruni di setiap pelusuk Daerah Kulim Las Venturas. Tapi anak bapok, tu peliknya. So, Ajim(bukan nama sebenar lagi), ketua pasukan kitorang pon tinjau la keadaan melalui tingkap. Muka dia memang agak cuak gak r time tu, dia cakap " Weh, kita ada masalh besar ni, aku nampak kat luar tu ada banyak bullet proof escalade, memang masak kita malam ni, nasib baik aku tak nampak dia bawak periuk". Yunus Tetek(bukan nama sebenar lagi sekali),mencelah dialog si Ajim tu, " Geng, jangan risau, kita boleh lawan diorang. Aku yakin!". Untuk pengetahuan para pembaca semua, Yunus merupakan seorang ahli pencak silat yang sudah ditauliah menjadi seorang maha guru. So kitorang sume pun kurang takut la.

Bapak flat top dah memekik mekik kat luar tu. Dia suruh kitorang klua sekarang gak untuk membuat perhitungan. Kitorang time tu dok kalut cari senjata. Time-time dok kalut, Wayne(Rooney nama sebenar dia), terjumpa satu kotak. Dalam kotak tu ada banyak jenis senjata yang dirahsiakan identitinya. Jadi kitorang semua ambik satu senjata tu dan keluar berhadapan geng bapak flattop.

Kitorang dah berkumpul kat perkarangan block C, geng bapak flattop berpakaian serba hitam dan ada diantara mereka memakai tuksedo manakala kami pula hanya memakai seluar dalam merah atas saranan Yunus yang mahu kitorang dilihat seperti seorang superman walaupun aku bukanlah superman, aku juga bisa nangis bila kekasih hatiku pergi meninggalkan aku. Ayahku selalu berpesan padaku what so ever lah kalau korang tau lagu lahanat tu.

Nak tahu apa kesudahan cerita ini? Tunggu filem That's What You get for Waking Up in Kulim Part 3!!!

Sayonaraa...

No comments:

Post a Comment