Thursday, June 10, 2010

Nasi Lemak Pak Cik

Haeh, tengah duduk sorang-sorang kat rumah ni terasa lapar pulak. Bila lapar, mula la teringat nasi lemak pak cik.Terbaik wok !

Sejarah Nasi Lemak Pak Cik
Dahulunya pak cik yang jual nasi lemak ni pembunuh upahan yang kejam. Sebut la nama gangster mana yang dia tak bunuh. Semua dia sapu beb !
Tersebutlah kisah pak cik ni diberi upah untuk membunuh seorang lelaki yang banyak sangat hutangnya kepada pihak along ni. Dia pun belasah kaw-kaw la lelaki tu sampai lunyai manyai. Dalam keadaan nyawa-nyawa ikan tu, dia tanya pak cik " Sampai bila la kamu ni nak buat kerja jenis-jenis gini ? " Pastu pak cik pun berhenti dari memukul lelaki tu. Dia garu-garu kepala sampai ada kelemumur yang jatuh berguguran seperti pasir-pasir di pantai. Pastu sebelum lelaki tu menghembuskan nafas terakhirnya, dia sempat mengeluarkan sehelai kertas yang berlipat palat. Dia bagi kat pak cik. " Kertas padia ni ? " tanya pak cik dengan suara pelat utaranya. Lelaki tu pun jawab, " Ini resepi nasi lemak turun temurun dari zaman kesultanan melayu melaka. Tok moyang aku dulu adalah tukang buat nasi lemak diraja. " " Hang biaq betoi mat ? ", tanya pak cik yang masih menggaru kepalanya dan kelemumur sudah membanjiri bahunya. " Betul la, aku nak tipu buat apa. Aku dah takde waris dah ni. I'm last of my kind. Engkau berhentilah buat kerja jenis-jenis gini. Berniagalah buat nasi lemak. Kan berniaga tu 9/10 dari sumber rezeki." Pastu lelaki tersebut pun menghembuskan nafas yang berbau Winston Mentolnya yang terakhir.

Sejak dari peristiwa itu, pak cik dah berhenti membunuh. Dia dah jadi seorang peniaga nasi lemak yang berjaya. Yahoo !

Saturday, June 5, 2010

Selamat Datang Rafael Benitez


Kemana hala tuju Benitez selepas ini ?
Sudah tentunya, Perak F.A.

Perak F.A, sebuah pasukan bola di Malaysia yang seperti kita tahu, bagai telur dihujung tanduk keadaan mereka di persada Liga Super ketika ini.
Jadi, dengan adanya Rafael Benitez, maka para peminat setiap skuad seladang, boleh menarik nafas lega.

Ada khabar angin mengatakan bahawa beliau akan membawa Fernando Torres yang sudah tidak terikat dengan pasukan Liverpool setelah kontraknya bersama pasukan itu akan berakhir pada Julai 2010. Beliau akan menggantikan khidmat penyerang berbisa Perak, Razali Umar Kandasamy yang akan berpindah ke Chelsea musim hadapan.. Steven Gerrard juga akan berpindah ke Perak kerana ingin mencuba nasib di Asia. Gandingan Gerrard-Torres diharap akan menggempur gawang lawan terutamanya Selangor dan Kelantan dan mungkin akan menjadi gandingan yang paling digeruni dalam Liga Super musim hadapan.

Benitez sudah meminta pihak pengurusan Perak F.A $45 juta untuk membeli pemain perancang Arsenal, Cesc Fabregas. Perak F.A kini dimiliki oleh seorang jutawan dari Emiriah Arab Bersatu, Syeikh Abdul Malik. Syeikh Abdul Malik telah memberi peruntukkan sebanyak $ 300 juta untuk membeli pemain baru untuk musim hadapan.

Diharap, prestasi Perak F.A akan kembali cemerlang seperti era Karl Heinz Weigang, Tony Netto dan Steve Darby. Semoga Perak F.A akan menjadi pasukan yang paling digeruni di Malaysia. Mungkin 2 tahun lagi Perak F.A akan menjuarai Piala Kelab Dunia.