Sunday, July 25, 2010

Kuetiao Pak Din

Siapa tak tahu perihal kuetiao Pak Din yang faymes satu Perlis. Statistik mengatakan bahawa kuetiao Pak Din adalah kuetiao yang paling sedap di wilayah utara Semenanjung Malaysia. Apakah rahsia kesedapan kuetiao Pak Din tersebut ? Mari kita menyingkap kisah disebalik kuetiao Pak Din yang sedap menusuk kalbu.

Tersebutlah kisah, Pak Din@ Burhanudin Cempiang merupakan seorang pemuda Melayu yang biasa seperti pemuda melayu yang lain. Tiap-tiap hari kerja beliau melepak-lepak di area Kok Klang. Pada suatu hari, sedang Burhanudin Cempiang melepak-lepak, beliau didatangi oleh seorang lelaki yang memakai sut serba hitam. Apabila dilihat figura lelaki tersebut dari belakang, jelas kelihatan seluar dalam merah menyala kerana lelaki tersebut tidak menyisip baju dibahagian belakang secara kemas. Kemudian lelaki tersebut menghampiri Udin Cempiang.
" Bro, maw bikin duit tak ? "
" Bikin duit apa ? Duit siam takmaw, nilai kecik ! " balas Udin Cempiang.
" Bukan itu macam maa, "

( Kemudian saya menyedari saya hanya mengarut mengenai lelaki memakai baju serba hitam dan beliau sama sekali tidak terlibat dalam ceritera ini)

bersambung..
" Abeh tu macamana pulak ? " Udin Cempiang tertanya-tanya si polan bahasa.

Bersambung...