Friday, May 28, 2010

Insomnia KEMBALI


KEMBALI, kembali kepada selamanya.
KEMBALI, kini ku bangun sedar dari mimpi.
KEMBALI, kembali kepada petak pertama.
Ku mahu hidup seribu tahun lagi.

Blog ini sebenarnya bukan untuk meluahkan impian saya untuk hidup selama 1000 tahun walaupun saya mengidamkan menjadi seorang vampire vegetarian. Blog ini adalah untuk meluahkan ketidakpuasan hati saya sebab saya tak boleh tidur malam apatah lagi kencing malam.

Memanglah bosan, tapi macamana nak buat. Dah tak boleh tidur. Ada pulak orang nak chat dengan kita yang single and hot ni time pagi-pagi buta? Ada girlfriend tak apa la, menemaniku saban waktu. Aduh, bagai jeritan tanpa suara tahu tak bila tak boleh tidoq! ( todia utara mai dah )
Wahai Katy Perry dan Alizee, kenapa suara lunak guru nanak kalian tidak dapat mendodoikan telinga capangku ini?
Wahai Mr Bean, kenapa lawak geniusmu itu tidak boleh buatku tidur dalam ketawa?

Ni nak berterus terang bersama rasa sayang ku biarkanmu terbang. Saya ada Insomnia sebab saya tension. Sekarang jam hanset F480 Samsung saya sudah membunyikan alarm yang sangat Annoying, tak percaya tanya Ayale sebab dia paling anti bunyi alarm fone saya.
Kenapa saya tension pun saya tak tahu. Mungkin sebab saya tension sebab saya tak tahu kenapa saya tension.

Haeh, mana la semua orang ni.
Sebelum akhiri sesi kita pada kali ini, saya ingin menyampaikan serangkap pantun.

Satu dua tiga empat,
lima enam tujuh lapan,
sembilan sepuluh sebelat,
dua belas tiga belan.

Thank you





No comments:

Post a Comment