Friday, May 28, 2010

Insomnia KEMBALI


KEMBALI, kembali kepada selamanya.
KEMBALI, kini ku bangun sedar dari mimpi.
KEMBALI, kembali kepada petak pertama.
Ku mahu hidup seribu tahun lagi.

Blog ini sebenarnya bukan untuk meluahkan impian saya untuk hidup selama 1000 tahun walaupun saya mengidamkan menjadi seorang vampire vegetarian. Blog ini adalah untuk meluahkan ketidakpuasan hati saya sebab saya tak boleh tidur malam apatah lagi kencing malam.

Memanglah bosan, tapi macamana nak buat. Dah tak boleh tidur. Ada pulak orang nak chat dengan kita yang single and hot ni time pagi-pagi buta? Ada girlfriend tak apa la, menemaniku saban waktu. Aduh, bagai jeritan tanpa suara tahu tak bila tak boleh tidoq! ( todia utara mai dah )
Wahai Katy Perry dan Alizee, kenapa suara lunak guru nanak kalian tidak dapat mendodoikan telinga capangku ini?
Wahai Mr Bean, kenapa lawak geniusmu itu tidak boleh buatku tidur dalam ketawa?

Ni nak berterus terang bersama rasa sayang ku biarkanmu terbang. Saya ada Insomnia sebab saya tension. Sekarang jam hanset F480 Samsung saya sudah membunyikan alarm yang sangat Annoying, tak percaya tanya Ayale sebab dia paling anti bunyi alarm fone saya.
Kenapa saya tension pun saya tak tahu. Mungkin sebab saya tension sebab saya tak tahu kenapa saya tension.

Haeh, mana la semua orang ni.
Sebelum akhiri sesi kita pada kali ini, saya ingin menyampaikan serangkap pantun.

Satu dua tiga empat,
lima enam tujuh lapan,
sembilan sepuluh sebelat,
dua belas tiga belan.

Thank you





Thursday, May 27, 2010

Konspirasi Tak Nak Kalah

Konspirasi
Apakah itu konspirasi?
Konspirasi dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ( macam tengok pulak ) bermaksud kerjasama antara manusia untuk membuat onar atau perkara-perkara mazmumah.
Konspirasi juga bermaksud satu perjanjian.

Apakah yang dimaksudkan dengan konspirasi tak nak kalah?
Konspirasi tak nak kalah bermaksud perjanjian antara manusia dan haiwan dalam cerita Nur Kasih supaya tidak kalah.
Seriously speaking with serious face and serious typing style. saya pun tidak tahu.
Apa yang saya tahu, saya tidak suka kalah.
Semua orang tidak suka.
Kalau ada orang suka kalah, memang dia letoi habis bak kata Pascal Sauvage " Person who likes losing is very damn letoi. "

Jadi sama-samalah kita berjuang untuk mengelak kekalahan. Jika engkau fikirkan ragu-ragu, kau hampiri kekalahan. Jadi, jangan fikir ragu-ragu.

Saya sekarang ini dalam proses untuk mengubah diri saya. Maksud saya untuk menukar cara hidup saya yang tidak ubah seperti orang yang kalah. Kalau saya nak menang, saya perlu buat cara orang yang menang.
Bila dah berjaya, bolehlah saya merealisasikan impian saya.
Nak tahu apa impian saya?
Tiada puisi atau lagu boleh menggambarkannya.
Saya hanya mahu minum secawan kopi arabica kegemaran saya di pergunungan Alps sambil ditemani yang tersayang yang tengah senyum kat saya dan melihat anak-anak saya seronok-ronok main salji. Thank you.



Thursday, May 20, 2010

that's what you get for waking up in kulim finale!


that's what you get for waking up in kulim finale!
Category: Blogging
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.

Sedang aku menaip blog ini, aku sebanarnya telah membuat satu pencapaian yang tak pernah aku sangka, serius tak sangka langsung dah ada 1086 Views. Serius tak sangka langsung ada jugak yang nak baca hasil nukilan agung aku ni. Walaupun terima kasih kepada anda para pembaca setia saya yang tak putus-putus kepala. Ye la, kalau takde kepala macamana nak baca benda alah ni kan. Fikir-fikirkan lah dan selamat beramal!

Setelah berbulan-bulan siri that's what you get for waking up in kulim ni disiarkan( chewah, macam masuk tv slot aksi kat tv3 je cite ni) dah sampai la ke season finalenya seperti cerita-cerita yang lain. Huhu.

That's What You Get For Waking Up in Kulim Finale'

Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa Iban, hujan turun renyai-renyai. Pada saat itu, berkumpul dua kumpulan manusia yang darah mereka sedang menggelegak panas. Walaupun pada malam yang dingin itu, kami dapat merasa kehangatannya walaupun hanya berseluar dalam merah(wow, sexy!). Situasi ketika itu sama seperti beribu tahun dahulu dizaman sebelum masihi di mana 300 orang Sparta yang berani beruniform serba merah melawan tentera parsi serba hitam yang nilainya tak terkira. Yunus tetek yang pandai bersilat umpama Raja Sparta pada malam itu. Hujan makin lebat. Habis basah spender kami. Warna merah yang garang itu sudah bertukar menjadi maroon. Tentera bapak flat top bagaikan tak sabar nak menyerang kami. Si bapok flat top tu dok seronok meng api-apikan tentera-tentera bapaknya itu. Mereka ingat kami tak bawak senjata. Mereka pon seronok-ronok la kan. Dorg tak tahu bahawa Wayne Rooney telah terjumpa sekotak senjata setelah dia membelanjakan sejumlah 60 Reward point. Pihak bapak flat top pun memulakan serangan first wave. Kami berjaya mematahkan serangan tersebut hasil daripada pengalaman yang kami dapat ketika bermain game plant vs. zombie. Kemudian datang la wave wave berikutnya dan kacang je kami tewaskan. Rupa-rupanya, kesemua samseng yang kami lawan tu bapok-bapok belaka. Macam si flat top tu jugak. Memang kitorang tak tahan geli la bila lawan dengan diorang. Dah la kitorg rgh seksi, tak pasal2 geng2 bapok tu naik berahi. Geli matt!

Semua benda kat atas ni bukan betul pun, yang sebenarnya api dengan kacak kena jadi mangsa man hunt kitorang. Dekat 3 jam jugak la kitorang dok mengejar Api dgn Kacak tapi tak dapat2. Ada ke patut tipu kitorang kata Cikgu Flattop tu nak jumpe kitorang sebab buat bising lepas dia halau tu. Itu je la ceritanya. Sorry geng kalau cerita ni tak bes. AKu xde idea la..

bye2!
comel gitu

that's what you get for waking up in kulim part 2


that's what you get for waking up in kulim part 2
Category: Life
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia (seperti yang dilihat kat kawasan stadium ipoh)

Diatas permintaan ramai( xde la ramai sangat), aku tulis la sambungan cerita That's what you get for waking up in Kulim. Mula-mula tu agak malas jugak la+xde mood nak type2 ni( aku bleh type laju dah weh!), tapi atas dasar semangat setiakawan yang menggunung dan sebesar banjaran titiwangsa dekat taman melawati tu, aku buat la jugak. Aku sebenarnya tengah sangat mengantuk walaupun aku baru isap batu tadi(bukan stone dadah tu, batu betul, aku amek depan rumah aku), aku tetap memerahkan otakku yang sudah tidak diguna pakai setelah berakhirnya Final kat kmk dulu.

Udah-udahlah intro yang panjang tu, kita mulakan cerita that's what you get for waking up in Kulom(haha) part 2.

Sesudah si cikgu flaptop tu berlari seperti bapok yang selalu lepak berhampiran Ebony Guitar tu(utk pengetahuan korg, tadi aku kena wiwit dgn dorg, geli matt), kitorang pon gelaklah dekat si flattop tu. Pastu kitorg budak2 Kasukma pon seronok sakan la, so perangai sorang-sorang telah menjadi semirip seperti haiwan-haiwan dalam cerita Nur Kasih(ada ke?). Kitorang berlari kehulur kehilir seperti meraikan sesuatu. Aku rasa macam time tu bendera Union Jack diturunkan dan berkibarnya bendera Jalur Gemilang. Memang seronok gila. So kitorang pon berlari-lari anaklah sampai ke Dorm Bakti sambil membuat bising seperti ekzos paip LC jiran aku.

Nak dipendekkan cerita yang pendek seperti Nadiah Fadirah ni(sorry!),ada la dua orang membe kitorang ni, Along dan Angah(bukan nama sebenar), masuk dorm buat muka serius walaupun tak nampak macam serius. Along pun berkata " Weh, Flat top tu bawak bapak dia,diorang nak kita semua berkumpul". Untuk pengetahuan para pembaca setia semua, bapak Flat top tu memang gangster la. Kat Kulim tu sapa tak kenal dia, macam-macam jenayah inayah lenayah yang dia buat sampai dia digeruni di setiap pelusuk Daerah Kulim Las Venturas. Tapi anak bapok, tu peliknya. So, Ajim(bukan nama sebenar lagi), ketua pasukan kitorang pon tinjau la keadaan melalui tingkap. Muka dia memang agak cuak gak r time tu, dia cakap " Weh, kita ada masalh besar ni, aku nampak kat luar tu ada banyak bullet proof escalade, memang masak kita malam ni, nasib baik aku tak nampak dia bawak periuk". Yunus Tetek(bukan nama sebenar lagi sekali),mencelah dialog si Ajim tu, " Geng, jangan risau, kita boleh lawan diorang. Aku yakin!". Untuk pengetahuan para pembaca semua, Yunus merupakan seorang ahli pencak silat yang sudah ditauliah menjadi seorang maha guru. So kitorang sume pun kurang takut la.

Bapak flat top dah memekik mekik kat luar tu. Dia suruh kitorang klua sekarang gak untuk membuat perhitungan. Kitorang time tu dok kalut cari senjata. Time-time dok kalut, Wayne(Rooney nama sebenar dia), terjumpa satu kotak. Dalam kotak tu ada banyak jenis senjata yang dirahsiakan identitinya. Jadi kitorang semua ambik satu senjata tu dan keluar berhadapan geng bapak flattop.

Kitorang dah berkumpul kat perkarangan block C, geng bapak flattop berpakaian serba hitam dan ada diantara mereka memakai tuksedo manakala kami pula hanya memakai seluar dalam merah atas saranan Yunus yang mahu kitorang dilihat seperti seorang superman walaupun aku bukanlah superman, aku juga bisa nangis bila kekasih hatiku pergi meninggalkan aku. Ayahku selalu berpesan padaku what so ever lah kalau korang tau lagu lahanat tu.

Nak tahu apa kesudahan cerita ini? Tunggu filem That's What You get for Waking Up in Kulim Part 3!!!

Sayonaraa...

that's what you get for waking up in kulim part 1


Assalamualaikum dan salam sejahtera..
walaupun lately aku dibelenggu oleh masalah masa depanku yang kian meruncing kucing,tapi aku masih sempat mencuri sedikit masa(jangan repot polis ye, nanti tangan aku kena potong) nak tulis blog yang bahasanya kurang indah ini. Biasalah, aku ni bukan pujangga sebab aku tak belajar sastera.

Ada la satu kisah ni, pada malam selepas taklimat atlit yang nak g kasukma kat rumah pengarah ni, kitorang lepak la kat depan dewan. Kebetulan pulak ada la budak matrix jamm lagu ape ntah kat dewan 2, mmg x sedap la, lari tempoh abes. Pastu ade le sorg dua membe aku ajak g pentas dewan nak tambah garam kat lagu yang dorg main tu. Time aku nak main gitar, dan-dan la plak budak matrix tu kata ada teknikal problem. Aduh, masalah tul. Takpe la, aku dgn membe2 aku pon chow la sebab bdk2 matrix kat pentas 2 dah buat muka sememe tempeyek dah.

Nak dipendekkan cerita, lepas kitorang blah dari pentas, kitorg lepak la depan dewan tgk orang main pingpong. Biasala, bila dah tengok orang bersukan mesti havoc tahap moto ex5 paip indu yang bising tu. Pastu datang la sorg mamat ni dengan rambut flat top dan muka kerasnya. Dia pon berkata" Apa buat bising ni? Tak nampak ke budak-budak matrix tengah stadi?" Pastu dia pon blah dengan muka ketatnya. Masalahnya memang kitorg x nampak budak matrix dok stadi 2, sebb 2 la kitorg bising. Pukimak btol spongebob tu. Dah la rmbut flat top, pastu buat tuduhan x berasas.

Bila dipendekkan cerita, x bes plak sebab cite ni panjang lagi.

Ditakdirkan nanti Kasukma tu kitorg perlu buat satu persembahan amal. Kitorg semua sepakat nak suro sorg awex yang bersuara lunak guru nanak ni buat performance untuk kmk. Kitorg senyap je taw, ada la dua tiga bersuara dengan volume paip lagenda standard. Pastu si sponge babi tu datang lagi kat kitorg, suro kitorg blah la tu jgak. PAstu sorg kawan aku bernama Abu(bukan nama sebenar) pon melenting. Lalu berlakulah pertengkaran lidah antara sponge bob dengan Abu. Sampai sumpah-menyumpah mak bapak dah level diorg. Memang dasat la Abu tu, sponge bob tu dah la cikgu matrix, boleh siap tengking2 lagi, main mak bapak pulak tu. Aku dah tengok mata spongebob tu dah merah, tunggu masa je tu. Pastu dia pon teriak sakan sambil beredar dari tempat kitorg dengan gaya larian pondan yang lepak kat tangga berdekatan kedai Ebony guitar. Memang lawok la sebab sume tu bukan betol pon. Yang betulnya kitorang pon blah la, dah kena halau boleh cangak bulu tunngu bapak lagi.

Sekian

malas


Friday, September 18, 2009

malas
Current mood:malas
Category: Dreams and the Supernatural
Malas...
apa itu malas?
aku pun malas nak cerita....

Malas ni adalah satu penghalang yang paling besar dan hantu yang menghalang kita untuk berjaya. Aku pun seorang pemalas dan aku mengaku terang-terang bersama rasa sayang biarkanku terbang.
Malas telah menjadi banyak punca kegagalan aku dan aku still tak berubah sebab aku malas. Kalau aku tak malas, aku dah terbang belajar di Germany dan berjumpa Lukas Podolski dan bermain ski dengannya di Mount Gourmounski. Tapi, itu hanya kalau. Dan perkataan kalau itu selalunya digunakan oleh orang yang malas macam aku ni.

Aritu, lepas exam SD, time nak amik kupon koperasi bernilai jutaan ringgit( RM2 je) dekat mana tah,tempat tu aku xtaw nama dia ( fyi: kupon 2 aku pakai beli fruit cake yang dah basi, I'm going to sew you fucking bastard Koop! ), aku jumpa la kejap mentor aku kat skolah lama dulu,ayat dia memang dahsyat la, yang menyedarkan aku betapa malasnya aku. Dia kata aku ni genius,tapi aku ni malas. Time dia ajar aku dulu, dia ada perasan aku ni fast-learner, dan aku tak perasan pon. Aku ingat memang aku ni slow, tapi bila pikir-pikir balik, aku tak paham sebab aku tak concentrate apa yang orang kat depan tu bebelkan.

Nak menyesal pon tak guna. Aku ni banyak seribu dalih dari seribu guna. Orang kata, kegagalan itu adalah batu loncatan untuk kita berjaya. Masalahnya, batu mana boleh loncat.

Kepada para sahabatku yang membaca blog ini...
Aku ada serangkap pantun nak kasi.

Kupon Koop dua ringgit,
Kupon ditukar dengan roti,
Kalau anda suka menggigit,
Nanti anda patah gigi.

Sekian, terima kasih.

say no, let it go!

Assalamualaikum.
Sedang aku tengah menaip blog ini,sebenarnya aku tengah menyorok dari cikgu-cikgu matrix yang sangat bizibody dan tak reti nak cakap dengan nada pertuturan yang sopan apatah lagi dengan student Unikl kat sini. Ada la satu hari ni, budak-budak matrix tgh ada asembly and time tu aku ada slot mentor mantee. Aku cari la mentor aku bersama dua orang kawan aku ni, Ali dengan Timah(bukan nama sebenar). Mula-mula,kitorang bertiga ni nak naik la tangga dekat dengan dewan besar, pastu ada sorang cikgu ni tanya kitorang ni budak mana..tapi cara dia tanya macam dia tanya monyet yang tak paham bahasa Melayu. Isy, geramnya aku time tu..kitorang tiga pun tak jawab la,buat bodo je kat tuan monyet tu( Sun Wukong), sebab kitorang bukannya monyet. Nak dipendekkan cerita, kitorang tak jumpa mentor kitorang,so kitorang turun la tangga dan terjumpa balik Sun Wukong tu. Disebabkan mentor aku tu dok kat bilik guru atas bukit,aku ali dgn Timah kenalah cross dewan. Sun Wukong tu pon soal lagi kitorang macam dia tengah cakap dengan monyet bernama Seman kenapa kitorang dok merayau dan halang kitorang dari cross dewan. Aku,Ali dan Timah pon pergi la kat tempat Stadi yang berdekatan dengan Dewan sambil mulut kitirang tak berhenti-henti menyumpah Sun Wukong supaya badannya tertimbus di tanah selama 500 tahun seperti ang diceritakan dalam lagenda.Tengah kitorang menyumpah Sun Wukong tu, dia datang kat kitorang, Lepas tu dia halau kitorang,dia kata tak boleh lepak kat situ. What the Hell? What the Hell? Dia memang dah melampau la. Aku pun bangun terus cakap dengan dia apsal tak boleh duduk kat situ? Dia cakap ganggu perhimpunan. Aku pun cakap what da hey? Bukan aku buat tarian naga disusuli paluan gendang cina sampai boleh ganggu the fuckin assembly. Pastu Sun Wukong tu nak tampar aku, aku tampan. Pastu Ali sapot aku, dia sepak kepala Sun Wukong tu, tapi tak kena, SUn WUkong elak. Tengah-tengah Sun Wukong tu dok mengelak, aku pun ambil peluang tackle cikgu tu. Liat jugak cikgu tu nak jatuh. Pastu aku tolak cikgu tu pergi tiang sekuat ati aku. Pom!!! Kena, cikgu tu rebah. Aku dengan Ali pon sepak terajang cikgu tu sampai cikgu tak bermaya lagi. cewah! Sebenarnya aku dengan membe2 aku pon blah la sebab kena halau. Pastu cari jalan alternatif nak pegi bilik guru atas bukit.