Thursday, June 10, 2010

Nasi Lemak Pak Cik

Haeh, tengah duduk sorang-sorang kat rumah ni terasa lapar pulak. Bila lapar, mula la teringat nasi lemak pak cik.Terbaik wok !

Sejarah Nasi Lemak Pak Cik
Dahulunya pak cik yang jual nasi lemak ni pembunuh upahan yang kejam. Sebut la nama gangster mana yang dia tak bunuh. Semua dia sapu beb !
Tersebutlah kisah pak cik ni diberi upah untuk membunuh seorang lelaki yang banyak sangat hutangnya kepada pihak along ni. Dia pun belasah kaw-kaw la lelaki tu sampai lunyai manyai. Dalam keadaan nyawa-nyawa ikan tu, dia tanya pak cik " Sampai bila la kamu ni nak buat kerja jenis-jenis gini ? " Pastu pak cik pun berhenti dari memukul lelaki tu. Dia garu-garu kepala sampai ada kelemumur yang jatuh berguguran seperti pasir-pasir di pantai. Pastu sebelum lelaki tu menghembuskan nafas terakhirnya, dia sempat mengeluarkan sehelai kertas yang berlipat palat. Dia bagi kat pak cik. " Kertas padia ni ? " tanya pak cik dengan suara pelat utaranya. Lelaki tu pun jawab, " Ini resepi nasi lemak turun temurun dari zaman kesultanan melayu melaka. Tok moyang aku dulu adalah tukang buat nasi lemak diraja. " " Hang biaq betoi mat ? ", tanya pak cik yang masih menggaru kepalanya dan kelemumur sudah membanjiri bahunya. " Betul la, aku nak tipu buat apa. Aku dah takde waris dah ni. I'm last of my kind. Engkau berhentilah buat kerja jenis-jenis gini. Berniagalah buat nasi lemak. Kan berniaga tu 9/10 dari sumber rezeki." Pastu lelaki tersebut pun menghembuskan nafas yang berbau Winston Mentolnya yang terakhir.

Sejak dari peristiwa itu, pak cik dah berhenti membunuh. Dia dah jadi seorang peniaga nasi lemak yang berjaya. Yahoo !

Saturday, June 5, 2010

Selamat Datang Rafael Benitez


Kemana hala tuju Benitez selepas ini ?
Sudah tentunya, Perak F.A.

Perak F.A, sebuah pasukan bola di Malaysia yang seperti kita tahu, bagai telur dihujung tanduk keadaan mereka di persada Liga Super ketika ini.
Jadi, dengan adanya Rafael Benitez, maka para peminat setiap skuad seladang, boleh menarik nafas lega.

Ada khabar angin mengatakan bahawa beliau akan membawa Fernando Torres yang sudah tidak terikat dengan pasukan Liverpool setelah kontraknya bersama pasukan itu akan berakhir pada Julai 2010. Beliau akan menggantikan khidmat penyerang berbisa Perak, Razali Umar Kandasamy yang akan berpindah ke Chelsea musim hadapan.. Steven Gerrard juga akan berpindah ke Perak kerana ingin mencuba nasib di Asia. Gandingan Gerrard-Torres diharap akan menggempur gawang lawan terutamanya Selangor dan Kelantan dan mungkin akan menjadi gandingan yang paling digeruni dalam Liga Super musim hadapan.

Benitez sudah meminta pihak pengurusan Perak F.A $45 juta untuk membeli pemain perancang Arsenal, Cesc Fabregas. Perak F.A kini dimiliki oleh seorang jutawan dari Emiriah Arab Bersatu, Syeikh Abdul Malik. Syeikh Abdul Malik telah memberi peruntukkan sebanyak $ 300 juta untuk membeli pemain baru untuk musim hadapan.

Diharap, prestasi Perak F.A akan kembali cemerlang seperti era Karl Heinz Weigang, Tony Netto dan Steve Darby. Semoga Perak F.A akan menjadi pasukan yang paling digeruni di Malaysia. Mungkin 2 tahun lagi Perak F.A akan menjuarai Piala Kelab Dunia.

Friday, May 28, 2010

Insomnia KEMBALI


KEMBALI, kembali kepada selamanya.
KEMBALI, kini ku bangun sedar dari mimpi.
KEMBALI, kembali kepada petak pertama.
Ku mahu hidup seribu tahun lagi.

Blog ini sebenarnya bukan untuk meluahkan impian saya untuk hidup selama 1000 tahun walaupun saya mengidamkan menjadi seorang vampire vegetarian. Blog ini adalah untuk meluahkan ketidakpuasan hati saya sebab saya tak boleh tidur malam apatah lagi kencing malam.

Memanglah bosan, tapi macamana nak buat. Dah tak boleh tidur. Ada pulak orang nak chat dengan kita yang single and hot ni time pagi-pagi buta? Ada girlfriend tak apa la, menemaniku saban waktu. Aduh, bagai jeritan tanpa suara tahu tak bila tak boleh tidoq! ( todia utara mai dah )
Wahai Katy Perry dan Alizee, kenapa suara lunak guru nanak kalian tidak dapat mendodoikan telinga capangku ini?
Wahai Mr Bean, kenapa lawak geniusmu itu tidak boleh buatku tidur dalam ketawa?

Ni nak berterus terang bersama rasa sayang ku biarkanmu terbang. Saya ada Insomnia sebab saya tension. Sekarang jam hanset F480 Samsung saya sudah membunyikan alarm yang sangat Annoying, tak percaya tanya Ayale sebab dia paling anti bunyi alarm fone saya.
Kenapa saya tension pun saya tak tahu. Mungkin sebab saya tension sebab saya tak tahu kenapa saya tension.

Haeh, mana la semua orang ni.
Sebelum akhiri sesi kita pada kali ini, saya ingin menyampaikan serangkap pantun.

Satu dua tiga empat,
lima enam tujuh lapan,
sembilan sepuluh sebelat,
dua belas tiga belan.

Thank you





Thursday, May 27, 2010

Konspirasi Tak Nak Kalah

Konspirasi
Apakah itu konspirasi?
Konspirasi dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ( macam tengok pulak ) bermaksud kerjasama antara manusia untuk membuat onar atau perkara-perkara mazmumah.
Konspirasi juga bermaksud satu perjanjian.

Apakah yang dimaksudkan dengan konspirasi tak nak kalah?
Konspirasi tak nak kalah bermaksud perjanjian antara manusia dan haiwan dalam cerita Nur Kasih supaya tidak kalah.
Seriously speaking with serious face and serious typing style. saya pun tidak tahu.
Apa yang saya tahu, saya tidak suka kalah.
Semua orang tidak suka.
Kalau ada orang suka kalah, memang dia letoi habis bak kata Pascal Sauvage " Person who likes losing is very damn letoi. "

Jadi sama-samalah kita berjuang untuk mengelak kekalahan. Jika engkau fikirkan ragu-ragu, kau hampiri kekalahan. Jadi, jangan fikir ragu-ragu.

Saya sekarang ini dalam proses untuk mengubah diri saya. Maksud saya untuk menukar cara hidup saya yang tidak ubah seperti orang yang kalah. Kalau saya nak menang, saya perlu buat cara orang yang menang.
Bila dah berjaya, bolehlah saya merealisasikan impian saya.
Nak tahu apa impian saya?
Tiada puisi atau lagu boleh menggambarkannya.
Saya hanya mahu minum secawan kopi arabica kegemaran saya di pergunungan Alps sambil ditemani yang tersayang yang tengah senyum kat saya dan melihat anak-anak saya seronok-ronok main salji. Thank you.



Thursday, May 20, 2010

that's what you get for waking up in kulim finale!


that's what you get for waking up in kulim finale!
Category: Blogging
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.

Sedang aku menaip blog ini, aku sebanarnya telah membuat satu pencapaian yang tak pernah aku sangka, serius tak sangka langsung dah ada 1086 Views. Serius tak sangka langsung ada jugak yang nak baca hasil nukilan agung aku ni. Walaupun terima kasih kepada anda para pembaca setia saya yang tak putus-putus kepala. Ye la, kalau takde kepala macamana nak baca benda alah ni kan. Fikir-fikirkan lah dan selamat beramal!

Setelah berbulan-bulan siri that's what you get for waking up in kulim ni disiarkan( chewah, macam masuk tv slot aksi kat tv3 je cite ni) dah sampai la ke season finalenya seperti cerita-cerita yang lain. Huhu.

That's What You Get For Waking Up in Kulim Finale'

Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa Iban, hujan turun renyai-renyai. Pada saat itu, berkumpul dua kumpulan manusia yang darah mereka sedang menggelegak panas. Walaupun pada malam yang dingin itu, kami dapat merasa kehangatannya walaupun hanya berseluar dalam merah(wow, sexy!). Situasi ketika itu sama seperti beribu tahun dahulu dizaman sebelum masihi di mana 300 orang Sparta yang berani beruniform serba merah melawan tentera parsi serba hitam yang nilainya tak terkira. Yunus tetek yang pandai bersilat umpama Raja Sparta pada malam itu. Hujan makin lebat. Habis basah spender kami. Warna merah yang garang itu sudah bertukar menjadi maroon. Tentera bapak flat top bagaikan tak sabar nak menyerang kami. Si bapok flat top tu dok seronok meng api-apikan tentera-tentera bapaknya itu. Mereka ingat kami tak bawak senjata. Mereka pon seronok-ronok la kan. Dorg tak tahu bahawa Wayne Rooney telah terjumpa sekotak senjata setelah dia membelanjakan sejumlah 60 Reward point. Pihak bapak flat top pun memulakan serangan first wave. Kami berjaya mematahkan serangan tersebut hasil daripada pengalaman yang kami dapat ketika bermain game plant vs. zombie. Kemudian datang la wave wave berikutnya dan kacang je kami tewaskan. Rupa-rupanya, kesemua samseng yang kami lawan tu bapok-bapok belaka. Macam si flat top tu jugak. Memang kitorang tak tahan geli la bila lawan dengan diorang. Dah la kitorg rgh seksi, tak pasal2 geng2 bapok tu naik berahi. Geli matt!

Semua benda kat atas ni bukan betul pun, yang sebenarnya api dengan kacak kena jadi mangsa man hunt kitorang. Dekat 3 jam jugak la kitorang dok mengejar Api dgn Kacak tapi tak dapat2. Ada ke patut tipu kitorang kata Cikgu Flattop tu nak jumpe kitorang sebab buat bising lepas dia halau tu. Itu je la ceritanya. Sorry geng kalau cerita ni tak bes. AKu xde idea la..

bye2!
comel gitu